Post Header

The Big Bang, Baby Challenge, arkib hasil fiksyen dan seni peminat Harry Potter sedang diimport ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita).
Dalam artikel ini:
- Sedikit penjelasan latar belakang
- Apakah maksudnya untuk para pereka yang mempunyai karya(-karya) di The Big Bang, Baby Challenge
- Dan apa yang perlu dilakukan sekiranya anda masih mempunyai soalan
Penjelasan Latar Belakang
The Big Bang, Baby Challenge ialah cabaran Harry/Draco jemputan sahaja yang dicipta pada tahun 2005 untuk memperbaiki apa yang dilihat sebagai kekurangan hasil fiksyen peminat Harry/Draco bersaiz novel berdasarkan canon sempena Harry Potter and the Order of the Phoenix. The Big Bang, Baby Challenge ialah tempat asalnya nama dan gaya pertukaran hasil fiksyen dan seni peminat berjenis "Big Bang". Arkib ini diimport untuk memelihara karya-karya ini dan memastikan adanya karya-karya tersebut untuk peminat akan datang.
Tujuan Online Archive Rescue Project (Projek Menyelamat Arkib Dalam Talian) Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) adalah untuk membantu para penyelaras arkib-arkib untuk menggabungkan hasil karya-karya peminat daripada arkib tersebut ke dalam AO3. Open Doors bekerjasama dengan para penyelaras untuk mengimport arkib-arkib mereka apabila para penyelaras kekurangan dana, masa, atau sumber-sumber lain untuk terus mengekalkan arkib-arkib mereka secara bebas. Ia amat penting bagi Open Doors bahawa kami bekerjasama dengan para penyelaras yang ingin mengimport arkib-arkib mereka, dan kami memberi kredit sepenuhnya kepada para pereka, dengan memberikan mereka kawalan sebanyak mungkin ke atas hasil karya-karya peminat mereka. Open Doors akan bekerjasama dengan Dana, Aja dan Reena untuk mengimport The Big Bang, Baby Challenge ke koleksi berasingan, yang boleh dicari di AO3. Sebagai sebahagian daripada pemeliharaan arkib ini secara keseluruhan, semua seni yang kini ada dalam The Big Bang, Baby Challenge akan diacarakan di pelayan-pelayan OTW (Organisasi Karya-karya Transformatif), dan dibenamkan dalam laman karya AO3 mereka sendiri.
Kami akan mula mengimport karya-karya daripada The Big Bang, Baby Challenge ke AO3 selepas bulan September. Walau bagaimanapun, import mungkin tidak akan berlaku selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada saiz dan kerumitan arkib tersebut. Para pereka sentiasa dialu-alukan untuk mengimport karya-karya mereka sendiri dan menambah karya-karya tersebut pada koleksi buat sementara waktu.
Apakah maksudnya untuk para pereka yang mempunyai/telah mempunyai karya-karya di The Big Bang, Baby Challenge?
Kami akan menghantar pemberitahuan import ke alamat e-mel yang kami ada untuk setiap pereka. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyemak salinan sedia ada bagi mana-mana karya sebelum mengimport. Sekiranya kami menjumpai salinan yang sudah ada di AO3, kami akan menambah karya tersebut ke koleksi dan kami tidak akan mengimportnya. Semua karya yang diarkibkan bagi pihak pereka akan termasuk nama mereka dalam barisan kecil dalam karya tersebut atau di ringkasan karya.Semua karya yang diimport akan ditetapkan sebagai tatapan hanya oleh pengguna AO3 yang telah log masuk. Sebaik sahaja anda menuntut karya-karya anda, anda boleh tetapkan karya-karya tersebut untuk tatapan umum jika anda mahu. Selepas 30 hari, semua karya yang diimport yang tidak dituntut akan ditetapkan untuk tatapan umum. Selepas itu, kami akan menutup laman tersebut secara kekal.
Sila hubungi Open Doors menggunakan nama(-nama) samaran The Big Bang, Baby Challenge dan alamat(-alamat) e-mel anda, sekiranya:
- Anda ingin kami mengimport karya-karya anda, tetapi anda memerlukan pemberitahuan dihantar ke alamat e-mel yang berbeza daripada yang anda gunakan pada arkib asal.
- Anda sudah mempunyai akaun AO3 dan telah mengimport karya-karya anda sendiri.
- Anda ingin mengimport karya-karya anda sendiri (termasuk jika anda belum mempunyai akaun AO3).
- Anda TIDAK suka karya anda dipindahkan ke AO3, atau TIDAK suka karya anda ditambahkan ke koleksi arkib.
- Anda TIDAK mahu karya-karya anda diimport ke AO3, atau TIDAK mahu karya-karya anda ditambah ke koleksi arkib.
- Anda berbesar hati untuk kami memelihara karya-karya anda di AO3, tetapi ingin kami mengalih keluar nama anda.
- Anda mempunyai sebarang soalan lain yang perlukan bantuan kami.
Sila lihat laman web Open Doors untuk mendapatkan arahan-arahan mengenai
- mengimport karya-karya anda ke AO3
- menambah karya-karya anda ke dalam koleksi baru The Big Bang, Baby Challenge
Sekiranya anda masih mempunyai soalan...
Jika anda mempunyai soalan lanjut, kunjungi FAQ Open Doors, atau hubungi jawatankuasa Open Doors.Kami juga berbesar hati sekiranya para peminat dapat membantu kami mengekalkan kisah The Big Bang, Baby Challenge di Fanlore. Sekiranya anda baharu dalam menyunting wiki, jangan risau! Kunjungi portal pelawat baru, atau tanya Fanlore Gardeners untuk mendapatkan tip.
Kami teruja kerana dapat membantu memelihara The Big Bang, Baby Challenge!
- Pasukan Open Doors dan Dana, Aja dan Reena!
Bahagian komen pada artikel ini akan dinyahdayakan dalam masa 14 hari dari tarikh terbitan. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, kebimbangan atau komen mengenai pengimportan ini selepas tarikh tersebut, sila
hubungi Open Doors.
OTW adalah organisasi bukan keuntungan yang juga merupakan organisasi induk pelbagai projek termasuk AO3, Fanlore, Open Doors, TWC, dan Bantuan Guaman OTW. Kami adalah organisasi yang dikendalikan oleh peminat, dan disokong sepenuhnya melalui derma serta kerja sukarelawan. Ketahui lebih lanjut mengenai kami di laman web OTW. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan penterjemah sukarela kami yang telah menterjemahkan halaman ini, kunjungi laman Penterjemahan.
